Monday, 14 September 2015

Pengalaman Belajar Membuat Blog

Assalamualaikum.
Cerita pada 2 September 2015.
Unit kami dikehendaki membuat blog untuk memeuhi arahan kerja kursus projek matapelajaran GKB1053. Pada hari ini, unit kami belajar bersama-sama untuk membuat blog. Orang cakap, 'From zero to hero'. Proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Kegembiraan jelas terukir di wajah Dr. Kamaruddin ketika membimbing sesi ini kerana beliau berjaya recall cara hendak membuat blog yang katanya dilupakan setelah sekian lama tidak melibatkan diri dalam dunia blogging. Bagi diri saya yang sudah lama bergiat aktif dalam dunia blogging, proses ini agak mudah untuk dilaksanakan. Ada dikalangan kami yang berpengalaman diminta untuk memberi tunjuk ajar cara meletakkan widget atau animasi serta gambar sendiri di halaman blog mereka. Sepanjang proses ini, saya berasa amat gembira kerana akhirnya ada tugasan projek yang mempunyai kaitan dengan minat saya.
Terima kasih untuk pengalaman ini, cikgu. :)
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment